Assalamualaikum...Sebenarnya blog ini telah dibuat oleh Abe Mas Dinar dengan rasa minat nak ambil tahu mengenai Emas Dinar ini.Saya telah mendalami dengan bertanya kepada rakan -rakan di Melaka sendiri apakah kepentengan emas dinar ini.Namun saya tidak mengambil berat untuk berkecempong sepenuhnya hinggakan saya pernah pergi ke program Tarbawi pemuda di Marang Terengganu, dengan berbincang dan bertukar idea emas dinar ini.Namun setelah saya fikir dan sikit memahami amat rugi sekiranya saya terlambat untuk saya bergiat dalam aktiviti pelaburan dan perniagaan emas dan dinar Public Gold ini,.
Saya terlibat pelaburan emas adalah bertitik tolak dari keinginan saya untuk memiliki Dinar Kelantan pada program Tarbawi Marang dalam berkemunkinan terjumpa dinar Kelantan di program tersebut.Tetapi malangnya stok hari tersebut sudah habis.Dari situlah saya pelajari bahawa sebenarnya banyak syarikat atau pihak yang mengeluarkan emas samada dinar atau jongkong (gold bar/wafer) untuk pelaburan. Antaranya ialah :-
-Syiling Kijang Emas (Bank Negara Malaysia -dijual melalui Maybank)
-Singapore Gold Lion (Syiling) - UOB Bank (United Overseas Bank)
-PAMP Suisse (Jongkong Emas) - UOB Bank
-Public Gold (Jongkong dan Syiling Emas) - Public Fine Gold International
-Public Dinar (Public Dina Sdn Bhd - anak syarikat Public Gold)
-Poh Kong Bunga Raya (Jongkong Emas) - Kedai Emas Poh Kong
Di antara semuanya saya telah memilih Public Gold dan Public Dinar. Sebabnya...?
i) Ibu Syarikat ini terdapat di Penang(Bukit Jambul)
ii) Susut nilai yang rendah (5-6% sahaja)
iii) Harganya mengikut harga pasaran emas antarabangsa. (dikemaskini setiap 20 minit)
iv) Kesediaan syarikat ini untuk membeli balik walaupun jongkong emas yang kita miliki itu calar, bengkok atau patah asalkan beratnya tidak berkurangan.
v) Kepelbagaian saiz dan berat emas serta dinar serta bentuknya yang menarik.
vi) Syarikat yang kukuh (liputan di akhbar-akhbar sejak 2 tahun lepas). Khabarnya anak syarikat ini jugalah (Public Minting Snd Bhd) yang mencetak dinar Kelantan
dan Kijang Emas. (saya tidak berapa pasti tentang perkara ini, namun itulah yang saya dengar).
Bertolak dari situ sekarang saya adalah seorang pengedar atau dealer Public Gold dan Public Dinar. Public Gold juga menjual jongkong perak untuk pelaburan yang boleh didapati dengan berat 250 gm, 500 gm dan 1 kg. Untuk harga sila rujuk carta harga harian yang terpapar di sebelah.
Akhir kata untuk posting pertama ini, saya menyerulah kepada kawan-kawan sekalian, sama-samalah kita menyimpan aset kita dalam bentuk pelaburan emas. Ini adalah kerana harga emas yang amat stabil dan sentiasa meningkat. Saya akan bincangkan tentang itu pada posting yang akan datang. Jika berminat tentang emas pelaburan ini , atau anda sendiri nak jadi pengedar (dealer) bolehlah hubungi saya Emas Salam di 016-6462957. Email pun boleh - norsalams@yahoo.com. Boleh kita study.
No comments:
Post a Comment