Sunday, November 14, 2010

Harga Emas di Malaysia dan Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.
Saya disini alhamdulillah sihat sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas di dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas ?
.

Dinar Dirham boleh runtuhkan ekonomi yahudi

KOTA BHARU, 26 Ogos: Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.
“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.
Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.
Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.
Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.
Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.
Beliau seterusnya memberitahu, Dinar dan Dirham bukan mata wang, sebaliknya seumpama penukaran barang belian seperti kupon dan cek sebagai alat kewangan.
“Kalau kita boleh membeli barangan di majlis-majlis tertentu menggunakan kupon, kenapa Dinar dan Dirham tidak boleh, sedangkan ianya disebut sendiri oleh Allah dalam al-Quran,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan secara hikmah kepada mereka yang tidak memahami perkara itu.
Nazaruddin ketika berucap pada pertemuan itu memberitahu pihaknya akan menggunakan Dinar dan Dirham sebagai bayaran gaji kepada kakitangannya.
Jelasnya, walaupun ianya tidak dibayar sebanyak seratus peratus menggunakan sistem tersebut, namun sekurang-kurang ia akan dilaksanakan sebagai menyatakan sokongan pihak mereka terhadap usaha kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, pihaknya juga akan turun ke bawah untuk mengadakan ‘road show’ bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.
“Ramai yang masih kabur berhubung perkara ini,” ujarnya.
Sehingga kini, sebanyak 58 buah sekolah tahfiz di seluruh negara bergabung di bawah Permata.
Dianggarkan sebanyak RM30,000 hingga RM70,000 dibelanjakan setiap bulan untuk pengurusan dan pembayaran gaji kakitangan guru di bawah Permata.- HarakahDaily

Ar Rahnu mampu tangani gejala "Ah Long " kata Perdana Menteri

KOTA BHARU: Perdana Menteri berkata, sistem gadaian Islam mikro kredit wajar diperluaskan ke seluruh negara kerana sistem berkenaan mampu membantu pembangunan ekonomi setempat dan menaikkan taraf hidup rakyat.
Kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sejumlah 4.3 juta rakyat negara ini sudah menikmati skim itu dalam memberi pinjaman segera kepada peniaga dan mereka yang memerlukan wang segera.
Katanya, sistem gadaian Islam mikro kredit itu memberikan kemudahan yang terbaik kerana ianya bersandarkan syariah Islam yang menepati kehendak pengguna dengan kadar pinjaman yang munasabah.
“Saya cukup minat dengan sistem pajak gadai Islam ini, ianya juga adil boleh tebus semula. Sistem itu jauh lebih baik dengan tiada penipuan tidak seperti “Ah Long” yang cuba memerangkap mangsa dengan kadar faedah yang terlalu tinggi.
“Ar-Rahnu mampu mengurangkan dan membantu membasmi gejala haram “ah long” yang berleluasa di negara kita,” katanya ketika berucap melancarkan Ar-Rahnu Bank Islam Malaysia Berhad di sini hari ini.
Najib berkata, apa yang membanggakan Malaysia adalah negara diiktiraf sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa yang terbaik di London.
Beliau berkata, sebelum ini sistem gadaian diperkenalkan pada kurun ke-19 kepada pelombong bijih timah namun ianya didapati membebankan golongan berpendapatan rendah.
“Justeru itu, kerajaan mencadangkan satu alternatif sistem pajak gadai melalui perkhidmatan Ar-Rahnu yang sesuai dengan syariat Islam. Ianya satu lagi instrumen kewangan Islam,” katanya.
Beliau berkata, skim ini merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya bagi modal perniagaan secara kecil-kecilan.
Katanya, lebih 4.3 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada program mikro kredit Ar-Rahnu ini, yang telah diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia pada tahun 1993.
Najib menambah, kerajaan amat peka dalam memastikan pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang terdiri daripada syarikat terulung, syarikat Industri Kecil Sederhana mahu pun para peniaga kecil supaya mempunyai akses kepada pembiayaan kewangan.
“Inilah sebabnya saya telah menekankan pembiayaan Ar-Rahnu ini di dalam ucapan Bajet 2010 yang telah dibentangkan pada Oktober yang lalu,” katanya.
Beliau berkata, Ar Rahnu mempunyai kelebihan. kerana dalam memberi nilai gadaian yang sepatutnya, tidak mempunyai unsur riba, nilai gadaian yang tidak merosot, wang lebih gadaian yang dipulangkan.
“Malahan tempoh pembayaran balik yang munasabah, dan pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan,” katanya. – BERNAMA

Thursday, November 11, 2010

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?



Pinjaman utk membeli atau menyimpan emas adalah yg terbaik jika anda merancang dgn betul. Rancanglah perbelanjaan anda.“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?
So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
JAWAPAN:-
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88%
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…
Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar,
tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Ini adalah panduan semata-mata.
Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda.
Saya cuma berkongsi ilmu

**contoh di atas berdasarkan kiraan dengan Kijang emas kalau dengan emas Publicgold lagi2 untung nak tau bleh call/sms sy 016-6462957 (buat loan+beli emas+teknik ganda emas+simpan+pulangan lumayan)
-rujukan http://jutawanemas.co

Promosi Utk Jadi dealer Public Gold Hanya RM20 ribu sehingga 31 Disember 2010..banyak faedah yang akan anda dapat, berminat call/sms 016 - 6462957

Tuesday, November 9, 2010

Nilai Emas dijangka naik AS2,000 - 1 aun emas >> rm4,357 sekarang akan naik rm6,180 sehingga 2 tahun lagi>>>10/11.2010 - utusan - dalam negeri

Anda
boleh menghubungi Emas salam Gold Trading 016-6462957 utk membeli atau menjual EMAS dan
PERAK...melaburlah anda dengan Emas/Dinar...pasti anda
hebat...keterangan lebih lanjut ...
dengan membeli Emas Rm 700,Rm1000 >>> 100k membeli mengikut pasa ran dunia seperti tertera di http://emassalam.blogspot.com/
Ini Bukan MLM.Ini ialah beli Emas dapat Emas...pas tu jual balik dengan harga yg tertinggi...
Allah Berkuasa Makhluk tidak berkuasa/Allah Akbaru

Dipelawakan kepada mereka yg ingin menjadi agen2 Emas Salam Gold Trading sila call kami di talian seperti di atas...
>>>>http://emassalam.blogspot.com/

Monday, November 8, 2010

Anda boleh menghubungi Emas Salam @ egen -egen pengedar Emas Salam sekarang !!!>>>016-6462957 utk membeli atau menjual EMAS dan PERAK

Pelaburan emas meningkat

11/01/2010

Pelaburan emas meningkat - Maybank

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank perdagangan terbesar di Malaysia, menjangkakan minat untuk melabur dalam emas di negara ini akan meningkat lagi berikutan terdapatnya aliran kenaikan dalam harga logam berkenaan di pasaran dunia.
Naib Presiden Eksekutif Kanan, Ketua Perbankan Konsumernya, Lim Hong Tat berkata: ''Harga emas berada dalam aliran menaik dan kami melihat terdapat minat yang tinggi dalam buku akaun simpanan emas (GSPA),
''Prospek pertumbuhannya akan bergantung bagaimana pelanggan melihat pergerakan harga dalam keadaan pasaran semasa.
''Bagaimanapun, kami mendapati sejak setahun lalu, sejak November 2008 hingga November 2009, bilangan akaun GSPA yang dibuka telah berkembang sebanyak 147 peratus membayangkan keyakinan pelanggan menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan," kata Hong Tat dalam temu bual bertulis dengan Utusan Malaysia di sini.
Maybank telah memperkenalkan GSPA pada tahun 1997 selari dengan inisiatif Bank Negara Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi urus niaga emas. Bank itu, pada tahun 2001 telah dilantik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual syiling emas dikenali Kijang Emas, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Difahamkan, keadaan ekonomi dunia yang tidak menggalakkan telah menyebabkan kebanyakan pelabur kini beralih daripada pasaran ekuiti kepada pelaburan emas yang dilihat sebagai pilihan lebih selamat.
Berikut adalah temu bual tersebut:
Sejauh mana tahap minat terhadap pelaburan emas setakat ini?
Kami melihat terdapat peningkatan sejak beberapa bulan yang lalu dalam pelaburan berkenaan. Para pelanggan kini semakin berpengetahuan dalam membuat pemilihan pelaburan Kami menyaksikan pertambahan dalam pembukaan akaun GSPA pada setiap bulan dengan bilangan akaun baru berkembang pada purata 12.3 peratus.
Apakah yang menyumbang kepada peningkatan itu?
Pada mulanya melabur dalam emas melalui buku simpanan, duit syiling, kepingan emas dan barang kemas menjadi sesuatu yang baru tetapi kempen besar-besaran, kesedaran orang ramai dan pengguna mulai melihat faedah melabur emas terutamanya melalui GSPA selain duit syiling.
Sebagai contohnya, GSPA menawarkan jaminan keselamatan dan kaedah selamat dalam melabur emas apabila pelanggan boleh membeli logam berkenaan berdasarkan jumlah yang diinginkan tanpa perlu menanggung risiko menyimpannya secara fizikal. Tambahan pula, emas yang dipasarkan melalui GSPA dan Kijang Emas mempunyai ketulenan sehingga 999.9 peratus.
Bagaimana tahap perkembangan GSPA sekarang?
Sehingga November 2009, jumlah akaun GSPA adalah 11,800,658 dengan nilai sehingga lebih RM122 juta.
Apakah strategi yang diambil oleh Maybank untuk meningkatkan kesedaran dalam pelaburan emas?
GSPA kini boleh dibuka di kesemua cawangan Maybank di seluruh negara manakala Kijang Emas pula ditawarkan di 30 buah cawangan terpilih, sesetengahnya di kawasan bandar selari dengan permintaan.
Kami telah melaksanakan promosi pemasaran termasuk melalui perbankan Internet di www.maybank2u.com selain maklumat boleh diperoleh daripada kesemua cawangan Maybank dan pengiklanan dalam akhbar-akhbar.
Dalam pelancaran pelan deposit jaminan modal terbaru iaitu 1Malaysia Momentum Structured Deposit, emas menjadi aset sandaran bagi mendapatkan potensi produk berkenaan.
Sejauh mana minat yang ditunjukkan terhadap Kijang Emas?
Sejak lima bulan yang lalu kami menyaksikan peningkatan dalam pembelian Kijang Emas. Dalam tempoh berkenaan, purata pertumbuhan bulanan adalah 102 peratus. Jualan pada November tahun ini meningkat lebih 500 peratus berbanding Jun 2009.
Siapakah pelabur GSPA dan Kijang Emas?
Pelanggan kami bagi produk ini terdiri daripada golongan mewah dan individu yang kaya. Kebanyakan mereka berusia lebih 41 tahun dengan kaum Cina mewakili 56 peratus daripada jumlah pelanggan.
Bagaimanakah para pelabur dimaklumkan tentang pelaburan mereka dan bilakah masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas?
Maklumat tentang GSPA dan Kijang Emas boleh diperoleh di cawangan-cawangan Maybank. Harga emas juga boleh diketahui dengan melayari laman web www.maybank 2u.com di mana maklumannya dikemas kini dua kali sehari .
Bagaimanapun tiada tempoh masa yang boleh dianggap sebagai ideal untuk jual beli emas. Harga emas ditentukan oleh kuasa pasaran, pelaburan ini memerlukan pelanggan mengkaji aliran harga emas dan harus bersedia menanggung risiko sekiranya harga turun dan naik. Pelanggan perlu membuat keputusan pelaburan berdasarkan strategi pelaburan mereka.
Apakah faedahnya membeli emas melalui GSPA dan Kijang Emas?
Setiap produk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. GSPA merupakan pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan. Tiada pegangan emas secara fizikal dalam urus niaga ini kecuali di atas permintaan pelanggan.
Pelanggan GSPA mempunyai opsyen untuk menukar akaun pegangan dalam buku simpanan atau (paper gold) kepada memegang emas secara fizikal. Akaun GSPA menawarkan pelaburan emas dalam kadar 10 gram, 20 gram dan 50 gram.
Berbeza dengan GSPA, urus niaga Kijang Emas dibuat berdasarkan kiraan auns yang merupakan sebut harga standard. Kijang Emas merupakan produk BNM, jadi ia memberikan keyakinan kepada pelanggan tentang nilai dan ketulenannya sebagai satu pilihan pelaburan.
Apakah perbezaannya dengan pelaburan emas yang dibeli melalui kedai emas?
Emas yang dibeli daripada kedai-kedai emas adalah tertakluk kepada kos hasil kerja tangan berkemahiran tinggi. Emas yang dibeli itu lebih untuk tujuan perhiasan berbanding pelaburan.
Tebaran had belian dan jualan juga luas. Bagi mereka yang serius untuk melabur dalam emas, mereka akan melabur dalam akaun emas seperti dalam GSPA dan Kijang Emas.

PUBLIC GOLD dalam akhbar

Anda boleh menghubungi Emas Salam @ egen -egen pengedar Emas Salam sekarang !!!>>>016-6462957 utk membeli atau menjual EMAS dan PERAK

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni semakin ramai yang contact saya tanya pasal emas
Semalam , sekali lagi berita tentang Public Gold ada dalam akhbar tempatan.
So kat sini saya nak bagi sedikit tips kepada pelabur emas.. saya x nak setiap pelabur-pelabur emas terpedaya dengan tipu helah skim cepat kaya. Berdasarkan keratan akhbar di atas:
1. sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
contohnya macam syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd

keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009
Syarikat Public Gold ini sememangnya telah mendapat kelulusan dari pihak Bank Negara untuk jual beli emas di Malaysia. untuk maklumat lebih lanjut berkaitan syarikat ini, anda buleh rujuk public gold atau public dinar
2. Pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)
3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia
4. Beli Emas, pastikan anda dapat emas tu..mana ade orang beli emas x dapat emas..kalau x dpt tu mmg sah kena tipu.
5. Pastu, bila da beli emas, jangan mudah kelabu mata..atau terpedaya dengan pulangan 1%..2% …3% (dividen) la..hish,..mana ade org beli emas dpt pulangan camtu..pelik pelik
6. Kalau nak jual balik emas tu..hishh mana ade sampai seminggu nak cek ketulenan emas tu..arghhhh pening-pening..padahal kejap je..x sampai 5 minit pun nak cek ketulenan emas tu..
7. Kenapa pulak nak kena bayaran tambahan kalau harga emas tu jatuh?
8. hah..tips ke 8 ni, abeh susah sangat..kalau nak tau lebih lanjut..Call je saya 016-6462957
9. Last sekali..nak beli emas..beli la kat saya..  

Jom beli emas dari Agen2 saya ok!! Saya kompem diorang akan layan dengan baik!!

p/s: Doa saya..supaya anda smua tidak terpedaya dengan skim pelaburan EMAS cepat kaya..melabur la emas dengan cara yang betul..InsyaAllah anda pasti berjaya.Amin..
Akhir kata..selalu saya ingatkan..BELI EMAS..PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ANDA
==================================================================================
Ok, berikut adalah keratan akhbar di Harian Metro yang saya cakap tadi tu.. :) 
Sekian, Assalamualaikum
Edit by:
So kalau berminat boleh hubungi saya 016 6462957  Emas Salam

Sunday, November 7, 2010

TUKAR WANG ANDA KEPADA EMAS simpanan Emas Menjamin Masa Depan

Ingin MELABUR dalam EMAS tapi kekurangan modal dan ilmu? Manfaatkan the power of arrahnu.Senang sahaja. pihak kami sediakan barang kemas tersebut dan kita terus pergi arrahnu untuk buat gadaian/simpan.
Pihak ar-rahnu akan memberikan duit sebanyak 65%-70% daripada market value emas. Dengan duit itulah anda bayar kepada kami. Emas tersebut akan jadi milik anda. Nak tunggu duit simpanan sendiri baru nak beli 100g, 200g emas memang memakan masa.


Konsepnya hampir sama macam loan ASB. Kita memiliki saham ASB dengan menggunakan duit bank. Bank akan untung diatas faedah yang dikenakan kepada kita dan kita akan untung keatas dividen yang diperlolehi. Cuma arrahnu, kita hanya membayar upah simpan selagi kita tidak tebus barang tersebut.
Selama ini bank menggunakan duit kita untuk menambah lagi aset mereka, kenapa kita tidak melakukan sebaliknya dengan menggunakan duit bank untuk menambahkan aset kita. 

Contoh pembelian melalui ARRAHNU ( Bank Rakyat,agro Bank .etc)

100g EMAS 999 ; Harga rm15,500  [ Modal Anda  rm5,100    & Duit arrahnu rm10,400 ]
200g EMAS 999 ; Harga rm31,000  [ Modal Anda  rm10,200  & Duit arrahnu rm20,800 ]
500g EMAS 999 ; Harga rm77,500  [ Modal Anda  rm25,500  & Duit arrahnu rm52,000 ]  
* anggaran pinjaman arrahnu adalah 65% 
KEUNTUNGAN kepada semua ;
1) Pihak kami ; untung dapat menjual EMAS dalam kuantiti yang banyak.
2) Pihak anda ; untung dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak,
    dengan modal minima.

3) Pihak arrahnu ; dapat untung melalui upah simpan(lebih kurang 0.65% dari
    market value)Jadi, kita dapat lihat disini bagaimana ekonomi umat Islam akan
    berkembang maju.


Berjihadlah dalam memajukan UMMAH.
Walau bagaimanapun melaburlah di atas risiko sendiri. Fikirkan dan buat kira2 akan kemampuan anda sebelum melabur. Jangan terikut2 dengan rakan2 sekeliling melabur, anda pun ingin melabur. Itu adalah tindakan yang salah.

JUGA MEMBELI EMAS TERPAKAI(elok,rosak,kemek,putus) & SURAT PAJAK ARRAHNU


EJEN2 JUALAN DIPERLUKAN DISELURUH NEGARA. FULL/PART TIME. TIADA PENGALAMAN JUGA TIADA MASALAH. BERSAMALAH MEMAJUKAN EKONOMI UMMAH.

Monday, November 1, 2010

Emas Salam

KAMI BELI      

JONGKONG           999    RM130/g   ( P.A.M.P Suisse, Emirates etc. )  
BARANG KEMAS 999    RM125/g 
BARANG KEMAS 916    RM110/g 
BARANG KEMAS 835    RM95/g
BARANG KEMAS 750    RM85/g
* barang2 kemas dalam semua keadaan(putus,kemek,rosak etc.) diterima. 

KAMI JUAL


JONGKONG 999     RM147/g
  ( P.A.M.P Suisse, Emirates etc. )  
BARANG KEMAS 999    RM155/g  ( TERMASUK KOS UPAH )
BARANG KEMAS 916    RM146/g  ( TERMASUK KOS UPAH ) 

PENGUMUMAN

EJEN2 JUAL/BELI EMAS DIPERLUKAN DISELURUH NEGERA, SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT. JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG TERHIDANG INI. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Saranan pengunaan Dinar Emas oleh – Dr. M







TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

KENAPA EMAS

Assalamualaikum...Sebenarnya blog ini telah dibuat oleh Abe Mas Dinar dengan rasa minat nak ambil tahu mengenai Emas Dinar ini.Saya telah mendalami dengan bertanya kepada rakan -rakan di Melaka sendiri apakah kepentengan emas dinar ini.Namun saya tidak mengambil berat untuk berkecempong sepenuhnya  hinggakan saya pernah pergi ke program Tarbawi pemuda di Marang Terengganu, dengan berbincang dan bertukar idea emas dinar ini.Namun setelah saya fikir  dan sikit memahami amat rugi sekiranya saya terlambat untuk saya bergiat dalam aktiviti pelaburan dan perniagaan emas dan dinar Public Gold ini,.
Saya terlibat pelaburan emas adalah bertitik tolak dari keinginan saya untuk memiliki Dinar Kelantan pada program Tarbawi Marang dalam  berkemunkinan terjumpa dinar Kelantan di program tersebut.Tetapi malangnya stok hari tersebut sudah habis.Dari situlah saya pelajari bahawa sebenarnya banyak syarikat atau pihak yang mengeluarkan emas samada dinar atau jongkong (gold bar/wafer) untuk pelaburan. Antaranya ialah :-

-Syiling Kijang Emas (Bank Negara Malaysia -dijual melalui Maybank)
-Singapore Gold Lion (Syiling) - UOB Bank (United Overseas Bank)
-PAMP Suisse (Jongkong Emas) - UOB Bank
-Public Gold (Jongkong dan Syiling Emas) - Public Fine Gold International
-Public Dinar (Public Dina Sdn Bhd - anak syarikat Public Gold)
-Poh Kong Bunga Raya (Jongkong Emas) - Kedai Emas Poh Kong



Di antara semuanya saya telah memilih Public Gold dan Public Dinar. Sebabnya...?
i) Ibu Syarikat ini terdapat di Penang(Bukit Jambul)
ii) Susut nilai yang rendah (5-6% sahaja)
iii) Harganya mengikut harga pasaran emas antarabangsa. (dikemaskini setiap 20 minit)
iv) Kesediaan syarikat ini untuk membeli balik walaupun jongkong emas yang kita miliki itu calar, bengkok atau patah asalkan beratnya tidak berkurangan.
v) Kepelbagaian saiz dan berat emas serta dinar serta bentuknya yang menarik.
vi) Syarikat yang kukuh (liputan di akhbar-akhbar sejak 2 tahun lepas). Khabarnya anak syarikat ini jugalah (Public Minting Snd Bhd) yang mencetak dinar Kelantan
dan Kijang Emas. (saya tidak berapa pasti tentang perkara ini, namun itulah yang saya dengar).


Bertolak dari situ sekarang saya adalah seorang pengedar atau dealer Public Gold dan Public Dinar. Public Gold juga menjual jongkong perak untuk pelaburan yang boleh didapati dengan berat 250 gm, 500 gm dan 1 kg. Untuk harga sila rujuk carta harga harian yang terpapar di sebelah.

Akhir kata untuk posting pertama ini, saya menyerulah kepada kawan-kawan sekalian, sama-samalah kita menyimpan aset kita dalam bentuk pelaburan emas. Ini adalah kerana harga emas yang amat stabil dan sentiasa meningkat. Saya akan bincangkan tentang itu pada posting yang akan datang. Jika berminat tentang emas pelaburan ini , atau anda sendiri nak jadi pengedar (dealer) bolehlah hubungi saya Emas Salam di 016-6462957. Email pun boleh - norsalams@yahoo.com. Boleh kita study.

Dealer Dinar Emas Melaka Bandaraya Bersejarah & Seluruh Malaysia

Betulkan...? Harga emas sentiasa meningkat walau ada naik dan turunnya. Jadi, tunggu apa lagi? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan jongkong emas dan dinar Public Gold atau jika anda mahu menjadi pengedar Public Gold.