TEKNIK PERNIAGAAN EMAS
Assalamualiakum…
Sempena kejatuhan emas hampir 2 minggu secara berterusan, saya cukup pasti ramai yang mengambil kesempatan membeli logam berharga ini pada harga yang murah berbanding pada Nov dan Dec 2010 yang lalu. Jadi, pada yang telah membeli tahniah diucapkan kerana anda telah membeli pada masa yang sesuai atau ‘a good entry point’.
Walaubagaimanapun, apakah kita semua telah fikirkan bila harus kita menjual, atau melakukan ‘profit realization’?? What is our 'exit strategy'?
Apakah kaedah ‘profit realization’ yang akan kita aplikasikan??
Di sini saya ingin membincangkan beberapa kaedah ‘profit taking’ yang telah saya laksanakan. Mungkin kita dapat memilih kaedah yang terbaik dan bersesuaian dengan perancangan kewangan kita.
Antaranya:
1. Modal statik; beli emas dengan modal yang tetap. Contohnya, modal sebanyak RM20,000, anda beli emas ketika murah, dan jual kembali pada masa mahal. Untung yang diperolehi, anda ambil. Kemudian, untuk pembelian kali kedua, anda kekal dengan modal RM20,000 dan ulang proses terbabit pada ketika atau waktu membeli yang sesuai. Untung yang kita perolehi, dalam bentuk RM digunakan untuk simpanan atau kegunaan harian.
2. Modal dinamik; beli emas dengan modal yang semakin bertambah. Sebagai contoh, modal pertama anda sebanyak RM20,000. Katakan, untung yang anda perolehi sebanyak 10% atau RM2,000. Wang untung ini, digabungkan kembali dengan modal asal (modal baru = modal asal + untung, ie modal baru = 20,000 + 2,000 = 22,000), menjadi RM22,000. Teknik ini terus diulang, untuk pembelian seterusnya. Meskipun untung tidak diperolehi dari sudut RM, tetapi modal atau capital anda semakin bertambah.‘Compounding effect’ akan berlaku secara langsung ke atas modal anda, dan modal anda semakin berkembang!!!
3. Modal statik, lock profit in GOLD!! Mari kita perhatikan kaedah ketiga ini. Kaedahnya sama seperti kaedah pertama di atas (modal statik), namun untung yang diperolehi dikekalkan dalam bentuk emas bagi memastikan ‘value appreciation’ terhadap profit kita. Sebagai contoh mudah, katakaan modal asal kita adalah RM20,000. Dengan modal ini, kita dapat membeli sebanyak 30 keping dinar (30 x RM650 = RM19,500). Apabila anda menjual dinar ini, secara total katakan anda mendapat keuntungan sebanyak 10%, iaitu RM1,950. Untuk mengekalkan profit anda dalam bentuk emas, anda hanya menjual sebanyak 27 keping dinar dan menyimpan 3 dinar sebagai profit anda. Dengan wang yang diperolehi, anda membeli lagi dinar, dan terus menyimpan profit dalam bentuk dinar. Bayangkan, sekiranya kejatuhan ‘wang fiat’ terus berlaku… profit anda tetap kekal selamat dalam bentuk emas tanpa ditelan inflasi.
Teknik-teknik ‘profit realization’ di atas telah praktikkan secara peribadi bagi mengetahui keberkesanan dan kesannya. Bagaimanapun, saya menasihatkan bagi sesiapa yang ingin melaksanakan teknik-teknik di atas agar melakukan simulasi terlebih dahulu. Selamat mencuba!!!

No comments:
Post a Comment