trategi Mengumpul Kekayaan Ke Tahap Jutawan. Menjadikan Emas sebagai Aset dan Bisnes.


Saya bukan nak cerita lebih-lebih pasal emas tapi nak tunjukkan satu peluang bagus untuk kita jadikan sebagai salah satu pilihan menjadi Jutawan. Jutawan Saudagar Emas. Mengapa Emas ? Jika dibandingkan dengan rumah, emas lebih mudah nak dijual bila tersesak berbanding rumah sebab nak carik orang buat loan itu ini…
Emas juga mudah untuk di beli…beli sedikit sedikit pun tak apa. Siapa yang beli emas 10 tahun lalu yang harganya RM800, hari ini harganya dah jadi RM3,500. Bayangkan kalau ada pinjaman dulu kita buat beli emas RM800,000, 10 tahun kemudian dah jadi RM3,500,000. Dan kenaikan ini pasti !!

Itu kalau kita rasa nak melabur pada emas. Kalau nak berniaga emas juga boleh. Buat part time dengan menjadi agen jual emas. Macam kawan saya, dia jual Emas Jongkol, Emas Waffer, Emas Dinar…( ni jenis emas yang untuk pelaburan yang emas jenis 999.99 ). Dia ada juga jual emas putih. Walaupun emas putih lebih mahal tapi sebenarnya emas putih kos nya lagi rendah sebab ia jenis emas 716 yang disalut coil putih.
Lagi untung jual emas putih. Jual pasarkan sahaja di internet. Nak berniaga emas sekarang bukan macam dulu, kena buka kedai emas tapi sekarang boleh bermula dengan RM30,000. Kalau tak ada orang beli pun tak mengapa, kita simpan aje sampai 10 tahun , dari nilai RM30,000 tu ia boleh jadi RM200,000!! Patut tauke emas semua jutawan.
Kalau nak melabur pada emas jangan beli emas perhiasan kerana kita terpaksa bayar untuk design dan kalau nak jual balik, kena tolak antara 20 – 40%…banyak tu! Rugi. Untuk melabur, beli emas jongkol. Harganya sekarang kalau 100g RM13,000. 10 tahun lagi mungkin jadi RM130,000. Tak mustahil sebab duit akan jadi susut nilai tetapi emas naik.
Kalau ada emas pula, ia mampu mengeluarkan satu getaran tenaga atau aura energi kekayaan pada tuannya. Tu yang jadikan orang-orang kaya bertambah kaya. Emas juga merupakan ibu duit. Lagi banyak emas yang dimiliki, lebih cepat kekayaan yang boleh ditarik. Kalau belajar Quantum Kekayaan, Emas itu boleh digandakan Kuasa Menariknya sehingga beribu kali dan lagi cepat untuk menjadi Kaya.

Dalam post ini bukan anda perlu ikut terus idea ini tapi kalau anda minat dan ada modal , boleh lah mulakan dengan kerjaya sebagai saudagar emas. Macam saya( emas salam ) walaupun saya tahu tapi saya lebih cenderung ke arah untuk melabur diri sendiri dengan membeli emas untuk simpanan sendiri.
Saya dalam proses untuk mengumpul 50 biji jongkong emas dalam masa 2 tahun ini. Sebiji jongkong emas harganya RM14,000. Tak mengapa, beli sikit-sikit. Bila dah ada 50 biji, itulah aset kekayaan saya dan boleh saya wariskan kepada keturunan saya. Nak agih-agih pun senang tak macam tanah. Bagi seketul seorang anak dah kaya dah diaorang masa tu.
Jika anda minat untuk jadi kaya, lihatlah emas sebagai salah satu punca penarik kekayaan. Insya-Allah, anda akan jadi bersemangat untuk mengumpul emas dan dapat menarik kekayaan yang dasyat. Lagi bagus bila datang Bengkel Quantum Kekayaan, Rahsia bagaimana nak miliki emas dengan cepat.
Sekian, jumpa lagi di post akan datang…wassalam.