Monday, August 1, 2011

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa Reply with quote

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!
Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...

Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]

Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!
Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

Ini saja yang sempat saya kongsikan bersama pembaca semua...terpulang untuk mempercayainya atau tidak...saya bukanlah dari background ekonomi, sasterawan, mahupun ahli sejarah...


Last edited by Mellayunet on Mon Jul 25, 2011 12:10 am; edited 1 time in total

Sunday, July 24, 2011

Emas Melonjak ke Paras Tertinggi USD$1,600 seauns, Bakal Cecah USD$2,000

Emas Melonjak ke Paras Tertinggi USD$1,600 seauns, Bakal Cecah USD$2,000
Posted on Friday, July 22 @ 22:09:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Info Semasa Oleh: KeADILanUtara

"
Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan.

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat. Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Wednesday, April 20, 2011

Pelaburan Emas & Perak: Rekod Tertinggi Harga Emas

Pelaburan Emas & Perak: Rekod Tertinggi Harga Emas: "Percaya atau tidak itulah hakikatnya....harga emas tidak akan menuggu kita...... HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih ..."

Tuesday, February 22, 2011

Saturday, February 19, 2011

Jalur Lebar Emas Dinar Salam ke Terengganu leni

Kini Jalur Lebar EMAS SALAM  berada di Negeri  Cemek Molek Terengganu  HUBUNGI ( Emas Che Mek Molek Ganu )016 - 6462957 / 013 6785438 Mereka yang berminat dengan Emas Dinar dan jongkong emas khususnya mereka yang berada di Negeri /kawasan tersebut  bolehlah hubungi...

Tuesday, February 15, 2011

Beli Emas Sekarang, Harga Emas Bakal Cecah RM200/gram!!!

Sudah kita maklum bahawa harga emas telah naik 400% sejak 10 tahun yang lalu dan ianya berpotensi untuk naik lebih tinggi dari sekarang ini. Jika dilihat pada awal pada Januari 2010, harga emas adalah pada takat $1,113/oz dan kini telah menjangkau sehingga $1420/oz! Ini adalah bersamaan kenaikan sebanyak 28% setahun!!!

Angka ini mungkin berubah pada akhir tahun ini dan tidak mustahil kerana rekod kenaikan pada tahun lepas adalah sebanyak 37%. Ya...Emas memang makin mahal...dan akan mahal lagi dari harga mahal sekarang ni. Masih nak tunggu harga murah? Ada pandangan analisis pakar-pakar emas menjangkakan bahawa harga emas boleh pergi sehingga RM200/gram pada tahun hadapan, malah mungkin juga hujung tahun ini!!!

Sekarang ni harga emas di pasaran masih dalam RM150-RM160 segram. Tidak seperti pada awal tahun iaitu harganya hanya RM110-120 segram. Lihatlah kesan kejatuhan nilai matawang memberi kesan kenaikan .

harga emas yang inflasinya 0%. Harga emas minggu ini jatuh sedikit berbanding harga pada awal bulan November lalu, sedikit sebanyak memberi peluang untuk kita membeli emas pada harga yang masih murah berbanding harga selepas ini. Ambil peluang untuk beli emas sekarang! 
baru-baru ni dapat info dari agro bank.. diorang bagitau mungkin harga emas akan naik sehingga rm200 segram.. kalau ikut data diorang la.. yang paling best rm200g tu adalah emas 916.. bukan 999.. so maksudnya emas 999 akan naik lebih tinggi..  Razz
http://islamiegensi.blogspot.com/
sabo kwn2...takpe, apa2 berita kita kongsikan je...mmg kita semua sedia maklum simpan wang kertas, akan jadi susut nilai, simpan emas takde susut nilai...jadi knp nak ragu2 emas boleh cecah RM200/gram? Dulu masa harga emas mahal sekitar RM80-90 segram pun, kita kata susah nak pergi RM150/gram...lambat lagi...

Tapi lepas 3 tahun je, ha terbukti skrg dah cecah RM150/gram...skrg ni permintaan terhadap emas tinggi, China dan India malah US sendiri berlumba2 simpan emas! Jadi, apabila permintaan melebihi pengeluaran, akan menyebabkan harga melambung naik!