Sunday, November 14, 2010

Harga Emas di Malaysia dan Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.
Saya disini alhamdulillah sihat sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.
Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?
Kenapa harga emas di dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas ?
.

Dinar Dirham boleh runtuhkan ekonomi yahudi

KOTA BHARU, 26 Ogos: Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.
“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.
Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.
Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.
Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.
Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.
Beliau seterusnya memberitahu, Dinar dan Dirham bukan mata wang, sebaliknya seumpama penukaran barang belian seperti kupon dan cek sebagai alat kewangan.
“Kalau kita boleh membeli barangan di majlis-majlis tertentu menggunakan kupon, kenapa Dinar dan Dirham tidak boleh, sedangkan ianya disebut sendiri oleh Allah dalam al-Quran,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan secara hikmah kepada mereka yang tidak memahami perkara itu.
Nazaruddin ketika berucap pada pertemuan itu memberitahu pihaknya akan menggunakan Dinar dan Dirham sebagai bayaran gaji kepada kakitangannya.
Jelasnya, walaupun ianya tidak dibayar sebanyak seratus peratus menggunakan sistem tersebut, namun sekurang-kurang ia akan dilaksanakan sebagai menyatakan sokongan pihak mereka terhadap usaha kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, pihaknya juga akan turun ke bawah untuk mengadakan ‘road show’ bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.
“Ramai yang masih kabur berhubung perkara ini,” ujarnya.
Sehingga kini, sebanyak 58 buah sekolah tahfiz di seluruh negara bergabung di bawah Permata.
Dianggarkan sebanyak RM30,000 hingga RM70,000 dibelanjakan setiap bulan untuk pengurusan dan pembayaran gaji kakitangan guru di bawah Permata.- HarakahDaily

Ar Rahnu mampu tangani gejala "Ah Long " kata Perdana Menteri

KOTA BHARU: Perdana Menteri berkata, sistem gadaian Islam mikro kredit wajar diperluaskan ke seluruh negara kerana sistem berkenaan mampu membantu pembangunan ekonomi setempat dan menaikkan taraf hidup rakyat.
Kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sejumlah 4.3 juta rakyat negara ini sudah menikmati skim itu dalam memberi pinjaman segera kepada peniaga dan mereka yang memerlukan wang segera.
Katanya, sistem gadaian Islam mikro kredit itu memberikan kemudahan yang terbaik kerana ianya bersandarkan syariah Islam yang menepati kehendak pengguna dengan kadar pinjaman yang munasabah.
“Saya cukup minat dengan sistem pajak gadai Islam ini, ianya juga adil boleh tebus semula. Sistem itu jauh lebih baik dengan tiada penipuan tidak seperti “Ah Long” yang cuba memerangkap mangsa dengan kadar faedah yang terlalu tinggi.
“Ar-Rahnu mampu mengurangkan dan membantu membasmi gejala haram “ah long” yang berleluasa di negara kita,” katanya ketika berucap melancarkan Ar-Rahnu Bank Islam Malaysia Berhad di sini hari ini.
Najib berkata, apa yang membanggakan Malaysia adalah negara diiktiraf sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa yang terbaik di London.
Beliau berkata, sebelum ini sistem gadaian diperkenalkan pada kurun ke-19 kepada pelombong bijih timah namun ianya didapati membebankan golongan berpendapatan rendah.
“Justeru itu, kerajaan mencadangkan satu alternatif sistem pajak gadai melalui perkhidmatan Ar-Rahnu yang sesuai dengan syariat Islam. Ianya satu lagi instrumen kewangan Islam,” katanya.
Beliau berkata, skim ini merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya bagi modal perniagaan secara kecil-kecilan.
Katanya, lebih 4.3 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada program mikro kredit Ar-Rahnu ini, yang telah diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia pada tahun 1993.
Najib menambah, kerajaan amat peka dalam memastikan pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang terdiri daripada syarikat terulung, syarikat Industri Kecil Sederhana mahu pun para peniaga kecil supaya mempunyai akses kepada pembiayaan kewangan.
“Inilah sebabnya saya telah menekankan pembiayaan Ar-Rahnu ini di dalam ucapan Bajet 2010 yang telah dibentangkan pada Oktober yang lalu,” katanya.
Beliau berkata, Ar Rahnu mempunyai kelebihan. kerana dalam memberi nilai gadaian yang sepatutnya, tidak mempunyai unsur riba, nilai gadaian yang tidak merosot, wang lebih gadaian yang dipulangkan.
“Malahan tempoh pembayaran balik yang munasabah, dan pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan,” katanya. – BERNAMA

Thursday, November 11, 2010

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?



Pinjaman utk membeli atau menyimpan emas adalah yg terbaik jika anda merancang dgn betul. Rancanglah perbelanjaan anda.“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?
So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
JAWAPAN:-
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88%
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…
Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar,
tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Ini adalah panduan semata-mata.
Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda.
Saya cuma berkongsi ilmu

**contoh di atas berdasarkan kiraan dengan Kijang emas kalau dengan emas Publicgold lagi2 untung nak tau bleh call/sms sy 016-6462957 (buat loan+beli emas+teknik ganda emas+simpan+pulangan lumayan)
-rujukan http://jutawanemas.co

Promosi Utk Jadi dealer Public Gold Hanya RM20 ribu sehingga 31 Disember 2010..banyak faedah yang akan anda dapat, berminat call/sms 016 - 6462957

Tuesday, November 9, 2010

Nilai Emas dijangka naik AS2,000 - 1 aun emas >> rm4,357 sekarang akan naik rm6,180 sehingga 2 tahun lagi>>>10/11.2010 - utusan - dalam negeri

Anda
boleh menghubungi Emas salam Gold Trading 016-6462957 utk membeli atau menjual EMAS dan
PERAK...melaburlah anda dengan Emas/Dinar...pasti anda
hebat...keterangan lebih lanjut ...
dengan membeli Emas Rm 700,Rm1000 >>> 100k membeli mengikut pasa ran dunia seperti tertera di http://emassalam.blogspot.com/
Ini Bukan MLM.Ini ialah beli Emas dapat Emas...pas tu jual balik dengan harga yg tertinggi...
Allah Berkuasa Makhluk tidak berkuasa/Allah Akbaru

Dipelawakan kepada mereka yg ingin menjadi agen2 Emas Salam Gold Trading sila call kami di talian seperti di atas...
>>>>http://emassalam.blogspot.com/

Monday, November 8, 2010

Anda boleh menghubungi Emas Salam @ egen -egen pengedar Emas Salam sekarang !!!>>>016-6462957 utk membeli atau menjual EMAS dan PERAK

Pelaburan emas meningkat

11/01/2010

Pelaburan emas meningkat - Maybank

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank perdagangan terbesar di Malaysia, menjangkakan minat untuk melabur dalam emas di negara ini akan meningkat lagi berikutan terdapatnya aliran kenaikan dalam harga logam berkenaan di pasaran dunia.
Naib Presiden Eksekutif Kanan, Ketua Perbankan Konsumernya, Lim Hong Tat berkata: ''Harga emas berada dalam aliran menaik dan kami melihat terdapat minat yang tinggi dalam buku akaun simpanan emas (GSPA),
''Prospek pertumbuhannya akan bergantung bagaimana pelanggan melihat pergerakan harga dalam keadaan pasaran semasa.
''Bagaimanapun, kami mendapati sejak setahun lalu, sejak November 2008 hingga November 2009, bilangan akaun GSPA yang dibuka telah berkembang sebanyak 147 peratus membayangkan keyakinan pelanggan menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan," kata Hong Tat dalam temu bual bertulis dengan Utusan Malaysia di sini.
Maybank telah memperkenalkan GSPA pada tahun 1997 selari dengan inisiatif Bank Negara Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi urus niaga emas. Bank itu, pada tahun 2001 telah dilantik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual syiling emas dikenali Kijang Emas, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Difahamkan, keadaan ekonomi dunia yang tidak menggalakkan telah menyebabkan kebanyakan pelabur kini beralih daripada pasaran ekuiti kepada pelaburan emas yang dilihat sebagai pilihan lebih selamat.
Berikut adalah temu bual tersebut:
Sejauh mana tahap minat terhadap pelaburan emas setakat ini?
Kami melihat terdapat peningkatan sejak beberapa bulan yang lalu dalam pelaburan berkenaan. Para pelanggan kini semakin berpengetahuan dalam membuat pemilihan pelaburan Kami menyaksikan pertambahan dalam pembukaan akaun GSPA pada setiap bulan dengan bilangan akaun baru berkembang pada purata 12.3 peratus.
Apakah yang menyumbang kepada peningkatan itu?
Pada mulanya melabur dalam emas melalui buku simpanan, duit syiling, kepingan emas dan barang kemas menjadi sesuatu yang baru tetapi kempen besar-besaran, kesedaran orang ramai dan pengguna mulai melihat faedah melabur emas terutamanya melalui GSPA selain duit syiling.
Sebagai contohnya, GSPA menawarkan jaminan keselamatan dan kaedah selamat dalam melabur emas apabila pelanggan boleh membeli logam berkenaan berdasarkan jumlah yang diinginkan tanpa perlu menanggung risiko menyimpannya secara fizikal. Tambahan pula, emas yang dipasarkan melalui GSPA dan Kijang Emas mempunyai ketulenan sehingga 999.9 peratus.
Bagaimana tahap perkembangan GSPA sekarang?
Sehingga November 2009, jumlah akaun GSPA adalah 11,800,658 dengan nilai sehingga lebih RM122 juta.
Apakah strategi yang diambil oleh Maybank untuk meningkatkan kesedaran dalam pelaburan emas?
GSPA kini boleh dibuka di kesemua cawangan Maybank di seluruh negara manakala Kijang Emas pula ditawarkan di 30 buah cawangan terpilih, sesetengahnya di kawasan bandar selari dengan permintaan.
Kami telah melaksanakan promosi pemasaran termasuk melalui perbankan Internet di www.maybank2u.com selain maklumat boleh diperoleh daripada kesemua cawangan Maybank dan pengiklanan dalam akhbar-akhbar.
Dalam pelancaran pelan deposit jaminan modal terbaru iaitu 1Malaysia Momentum Structured Deposit, emas menjadi aset sandaran bagi mendapatkan potensi produk berkenaan.
Sejauh mana minat yang ditunjukkan terhadap Kijang Emas?
Sejak lima bulan yang lalu kami menyaksikan peningkatan dalam pembelian Kijang Emas. Dalam tempoh berkenaan, purata pertumbuhan bulanan adalah 102 peratus. Jualan pada November tahun ini meningkat lebih 500 peratus berbanding Jun 2009.
Siapakah pelabur GSPA dan Kijang Emas?
Pelanggan kami bagi produk ini terdiri daripada golongan mewah dan individu yang kaya. Kebanyakan mereka berusia lebih 41 tahun dengan kaum Cina mewakili 56 peratus daripada jumlah pelanggan.
Bagaimanakah para pelabur dimaklumkan tentang pelaburan mereka dan bilakah masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas?
Maklumat tentang GSPA dan Kijang Emas boleh diperoleh di cawangan-cawangan Maybank. Harga emas juga boleh diketahui dengan melayari laman web www.maybank 2u.com di mana maklumannya dikemas kini dua kali sehari .
Bagaimanapun tiada tempoh masa yang boleh dianggap sebagai ideal untuk jual beli emas. Harga emas ditentukan oleh kuasa pasaran, pelaburan ini memerlukan pelanggan mengkaji aliran harga emas dan harus bersedia menanggung risiko sekiranya harga turun dan naik. Pelanggan perlu membuat keputusan pelaburan berdasarkan strategi pelaburan mereka.
Apakah faedahnya membeli emas melalui GSPA dan Kijang Emas?
Setiap produk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. GSPA merupakan pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan. Tiada pegangan emas secara fizikal dalam urus niaga ini kecuali di atas permintaan pelanggan.
Pelanggan GSPA mempunyai opsyen untuk menukar akaun pegangan dalam buku simpanan atau (paper gold) kepada memegang emas secara fizikal. Akaun GSPA menawarkan pelaburan emas dalam kadar 10 gram, 20 gram dan 50 gram.
Berbeza dengan GSPA, urus niaga Kijang Emas dibuat berdasarkan kiraan auns yang merupakan sebut harga standard. Kijang Emas merupakan produk BNM, jadi ia memberikan keyakinan kepada pelanggan tentang nilai dan ketulenannya sebagai satu pilihan pelaburan.
Apakah perbezaannya dengan pelaburan emas yang dibeli melalui kedai emas?
Emas yang dibeli daripada kedai-kedai emas adalah tertakluk kepada kos hasil kerja tangan berkemahiran tinggi. Emas yang dibeli itu lebih untuk tujuan perhiasan berbanding pelaburan.
Tebaran had belian dan jualan juga luas. Bagi mereka yang serius untuk melabur dalam emas, mereka akan melabur dalam akaun emas seperti dalam GSPA dan Kijang Emas.