Sunday, January 23, 2011

Berminat membeli EMAS SALAM dari 5 gram gold 999.9 / 10 gram gold 999.0/dinar 917/916 4,2 gram lebih..stok masih ada...016 6462957 -Dealer Melaka

TEKNIK PERNIAGAAN EMAS

TEKNIK PERNIAGAAN EMAS

Assalamualiakum…
Sempena kejatuhan emas hampir 2 minggu secara berterusan, saya cukup pasti ramai yang mengambil kesempatan membeli logam berharga ini pada harga yang murah berbanding pada Nov dan Dec 2010 yang lalu. Jadi, pada yang telah membeli tahniah diucapkan kerana anda telah membeli pada masa yang sesuai atau ‘a good entry point’.
Walaubagaimanapun, apakah kita semua telah fikirkan bila harus kita menjual, atau melakukan ‘profit realization’?? What is our 'exit strategy'?
Apakah kaedah ‘profit realization’ yang akan kita aplikasikan??
Di sini saya ingin membincangkan beberapa kaedah ‘profit taking’ yang telah saya laksanakan. Mungkin kita dapat memilih kaedah yang terbaik dan bersesuaian dengan perancangan kewangan kita.
Antaranya:
1. Modal statik; beli emas dengan modal yang tetap. Contohnya, modal sebanyak RM20,000, anda beli emas ketika murah, dan jual kembali pada masa mahal. Untung yang diperolehi, anda ambil. Kemudian, untuk pembelian kali kedua, anda kekal dengan modal RM20,000 dan ulang proses terbabit pada ketika atau waktu membeli yang sesuai. Untung yang kita perolehi, dalam bentuk RM digunakan untuk simpanan atau kegunaan harian.
2. Modal dinamik; beli emas dengan modal yang semakin bertambah. Sebagai contoh, modal pertama anda sebanyak RM20,000. Katakan, untung yang anda perolehi sebanyak 10% atau RM2,000. Wang untung ini, digabungkan kembali dengan modal asal (modal baru = modal asal + untung, ie modal baru = 20,000 + 2,000 = 22,000), menjadi RM22,000. Teknik ini terus diulang, untuk pembelian seterusnya. Meskipun untung tidak diperolehi dari sudut RM, tetapi modal atau capital anda semakin bertambah.‘Compounding effect’ akan berlaku secara langsung ke atas modal anda, dan modal anda semakin berkembang!!!
3. Modal statik, lock profit in GOLD!! Mari kita perhatikan kaedah ketiga ini. Kaedahnya sama seperti kaedah pertama di atas (modal statik), namun untung yang diperolehi dikekalkan dalam bentuk emas bagi memastikan ‘value appreciation’ terhadap profit kita. Sebagai contoh mudah, katakaan modal asal kita adalah RM20,000. Dengan modal ini, kita dapat membeli sebanyak 30 keping dinar (30 x RM650 = RM19,500). Apabila anda menjual dinar ini, secara total katakan anda mendapat keuntungan sebanyak 10%, iaitu RM1,950. Untuk mengekalkan profit anda dalam bentuk emas, anda hanya menjual sebanyak 27 keping dinar dan menyimpan 3 dinar sebagai profit anda. Dengan wang yang diperolehi, anda membeli lagi dinar, dan terus menyimpan profit dalam bentuk dinar. Bayangkan, sekiranya kejatuhan ‘wang fiat’ terus berlaku… profit anda tetap kekal selamat dalam bentuk emas tanpa ditelan inflasi.
Teknik-teknik ‘profit realization’ di atas telah praktikkan secara peribadi bagi mengetahui keberkesanan dan kesannya. Bagaimanapun, saya menasihatkan bagi sesiapa yang ingin melaksanakan teknik-teknik di atas agar melakukan simulasi terlebih dahulu. Selamat mencuba!!!

Wednesday, January 19, 2011

Jalur Lebar Emas Dinar Salam ke PERLIS Indra kayangan

Kini Jalur Lebar EMAS SALAM  berada di Negeri Perlis  HUBUNGI ( Sup Ekor Emas ) Laman Face Book  Sup Ekor Emas di talian 019-4601642 / 012 4483140
Mereka yang berminat dengan Emas Dinar dan jongkong emas khususnya mereka yang berada di Negeri /kawasan utara  bolehlah hubungi Sup Ekor Emas .Stok Masih ada !!!

Sunday, January 9, 2011

KELEBIHAN MENJADI AGENT EMAS & DINARSALAM
1.     Komisyen sehingga 1.5% - 2.%
2.     Keuntungan belian balik 5%-6%
3.     Kenaikan harga emas
4.     Keuntungan lebih dengan beli stok ketika harga rendah (Capital Gain)
5.     Boleh buat pinjaman PUNB
6.     Keuntungan jual semula kepada Public Gold 0.3%


KELEBIHAN MENJADI AGENT RANGKAIAN EMASSALAM & DINARSALAM
1.     Tunjuk ajar, bimbingan, berkongsi ilmu perniagaan emas.
2.     Kaedah dan cara mempromosi perniagaan.
3.     Bina jaringan perniagaan ke serata pelusuk negeri.
4.     Berkongsi keuntungan.
5.     Lain-lain kemudahan akan dikemaskini setiap masa.

Friday, January 7, 2011

Harga emas cecah RM4,650 seaun

Harga emas cecah RM4,650 seaun

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.
''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.
Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.
''Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
''Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,'' jelasnya.
Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.
Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.
''Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.
''Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,'' katanya.
Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.
Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini.